F Mira Filzah terima sarjana muda kepujian | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mira Filzah terima sarjana muda kepujian

Bakat baharu, Mira Filzah, hari ini menerima segulung ijazah selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini. Pelakon itu nyata bersyukur apabila penat lelah sepanjang pengajian akhirnya berbayar dan kini memegang ijazah sarjana muda dengan kepujian. "Saya berterima kasih kepada semua, terutama ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi dorongan sepanjang pengajian. Juga buat pensyarah dan rakan sekuliah yang bekerjasama sehingga saya dapat melengkapkan pengajian di UiTM," katanya yang menerima ijazah pada Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-84 hari ini. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sejak usia 17 tahun, memilih bidang berkenaan kerana bersesuaian dengan minatnya serta mahu menjadi usahawan. Meskipun rezeki beliau kini dalam bidang seni, gadis kelahiran Perak ini percaya ijazah dimilikinya itu memberikan kelebihan kepadanya dalam merencana peluang yang ada. "Ilmu yang saya miliki boleh digunakan untuk kehidupan. Saya juga gembira kerana memang menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat saya berjaya dalam bidang pelajaran," kata Mira, 23, yang mula mencuri tumpuan menerusi drama rantaian Cinta Si Wedding Planner. Wanita muda ini turut menjalankan perniagaan pakaian dan produk kecantikan, selain kini menjadi rebutan pengarah serta penerbit drama. Mira berkata, beliau turut gembira kerana menjadi antara artis yang turut cemerlang dalam bidang pengajian. Beliau yang juga calon Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 29, turut menjadi tumpuan pada istiadat konvokesyen berkenaan dan sempat melayan peminat bergambar dengannya. Mira bakal menjadi pengacara pada malam kemuncak ABPBH 29 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mei depan.


Powered by Blogger.