F Mendiang Prince tidak buat wasiat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mendiang Prince tidak buat wasiat

Adik beradik perempuan Prince percaya bintang muzik itu tidak mempunyai wasiat dan memohon kepada mahkamah di Minnesota untuk melantik sebuah syarikat pemegang amanah untuk memantau harta pusaka mendiang dianggarkan berjumlah berjuta-juta dolar.

Tyka Nelson, satu-satunya adik tunggal kandung Prince dalam permohonan mahkamah itu berkata, tindakan segera itu perlu untuk menguruskan kepentingan perniagaan Prince selepas kematiannya di Paisley Park, minggu lalu di rumah dan kompleks studio rakaman di pinggir Minneapolis.

Dokumen itu tidak menjangkakan berapa jumlah anggaran nilai hartanya, namun Prince meraih beratus-ratus juta dolar dari syarikat rakaman, acara konsert dan lain-lain.

Jumlah yang dijana menerusi pendapatan pelesenan jenama peribadinya selepas kematiannya dijangka melonjak tinggi.

Dalam tempoh tiga hari, kesedihan dan nostalgia selepas kematiannya mencetuskan peminat membeli 2.3 juta lagunya.
Powered by Blogger.