F Marshanda Ditegur Netizen Gara-gara Makan Tangan Kiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Marshanda Ditegur Netizen Gara-gara Makan Tangan Kiri

Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukan bintang Sinetron, Marshanda, sehingga dia sering menerima kritikan dan komen negatif.  Terbaharu, ibu anak satu ini ditegur netizen gara-gara makan menggunakan tangan kiri.



Menerusi akaun laman sosial Instagram miliknya, Marshanda atau lebih mesra dengan panggilan Caca telah memuat naik sekeping foto menunjukkan dia sedang menikmati makanan ringan ketika di salah satu lokasi di Monsieur Spoon, Bali.

Bukan gaya berpakaian yang menjadi bualan hangat sekaligus mencetuskan kontroversi tetapi kali ini tindakan pelakon sinetron Putri Yang Terbuang ini menimbulkan kemarahan ramai kerana makan menggunakan tangan kiri.


Gambar tersebut lantas mendapat pelbagai reaksi dan komen negatif.

"Kamu tidak kidal, jadi jangan makan sebelah kiri Ca, hpnya aja yang kiri," tulis salah seorang netizen.

"Makannya kok pake tangan kiri, ntar ditiru anaknya lho," sahut netizen lainnya.

"Megang HP keles tangan kanannya xixi," tulis pengguna Instagram lain.

Bagaimanapun Marshanda tidak membalas teguran-teguran tersebut.
Powered by Blogger.