F Kilafairy Pertaruhkan Setia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kilafairy Pertaruhkan Setia

Meneruskan legasi bakat nyanyian di bawah label rakaman Sony Music Malaysia, pelakon dan penyanyi berbibir seksi, Kilafairy, muncul dengan single terbarunya berjudul Setia.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Irfan Aulia dari kumpulan Samsons ini dilihat strategi unik dalam melonjakkan nama Kilafairy melangkaui pesaing industri.

Taruhan berani Kilafairy terbukti menerusi lantunan vokal yang merdu, dipadukan dengan susun-atur melodi padat yang pastinya menggamit halwa telinga pendengar.

“Lagu Setia ini sangat kena dengan jiwa saya dan pastinya senang didengari oleh peminat muzik tempatan. Saya amat teruja dapat berkolaborasi bersama Irfan Aulia, salah seorang anggota band Samsons yang cukup terkenal dengan lagu hits ‘Kenangan Terindah’ di Malaysia dan Indonesia. Garapan beliau berjaya menghasilkan melodi dan lirik puitis yang sangat indah.

“Lagu ini juga adalah buah tangan terbaharu buat para peminat yang setia menyokong perjalanan seni saya. Saya mahu terus kekal dalam arena muzik tempatan dan kolaborasi rakaman bersama syarikat Sony Music Malaysia yang banyak membantu dalam mencapai impian saya,” kata Kilafairy.

Memulakan karier nyanyian menerusi single sulung berjudul Pasti pada 2012, bakat Kilafairy yang tidak sahaja terhad kepada bidang lakonan telah membawa beliau jauh dalam persada muzik tempatan menerusi single popular lain antaranya Resolusi, lagu runut bunyi filem Tihany bertajuk ‘Roman’ pada 2013 dan lagu runut bunyi filem Dilwale versi bahasa Melayu bertajuk Warna Cinta sebelum ini.

Setia, boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.
Powered by Blogger.