F Jual senjata: NGO gesa anak perempuan KPN disiasat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jual senjata: NGO gesa anak perempuan KPN disiasat

Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat anak kedua Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Juwiza Khalid, 32, yang didakwa memiliki sebuah syarikat senjata di Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Datuk Seri R Sri Sanjeevan berkata, siasatan itu penting untuk memastikan syarikat milik anak perempuan Khalid itu bebas daripada menggunakan kepentingan dalam pasukan keselamatan itu.

“Orang yang bertanggungjawab untuk meluluskan lesen senjata api ialah Menteri Dalam Negeri, bukannya Ketua Polis Negara. Apa saja pendedahan (laporan portal), biarlah SPRM menyiasat terlebih dahulu sebelum kita membuat sebarang andaian.

“Mereka (SPRM) sepatutnya menyiasat jika syarikat itu mempunyai kontrak dengan kerajaan atau tidak, jika ada baru kita boleh kata ia bercanggah kepentingan (Khalid),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas dakwaan sebuah laman portal tempatan melaporkan anak kedua Ketua Polis Negara itu didakwa mempunyai sebuah syarikat penjualan senjata di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Sanjeevan juga menegaskan, orang awam tidak boleh dihalang daripada menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

“Kita tak boleh menghalang orang awam daripada melakukan perniagaan hanya kerana dia adalah anak perempuan Ketua Polis Negara,” katanya.
Powered by Blogger.