F Jihad Music The Gig | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jihad Music The Gig

TANPA kita sedar medium muzik bukan hanya memberi hiburan semata-mata, tetapi ia juga mampu dijadikan sebagai platform membantu golongan yang memerlukan.

Di atas rasa tanggungjawab itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), KengkawanProject dengan kerjasama Alternate Steps menganjurkan konsert amal Jihad Music The Gig yang bakal menampilkan persembahan daripada Alfarabiband dan penampilan istimewa Sam Cromok.

Ketua Alfarabiband, Nazri Alias berkata, peminat yang hadir bukan sahaja berpeluang menyaksikan persembahan, malah secara tidak langsung membantu mereka yang memerlukan.

“Konsert ini bukan semata-mata menghiburkan penonton yang hadir atau hanya bercakap mengenai muzik, namun di sebaliknya penganjuran ini adalah untuk membantu golongan yang kurang mampu.

“Sebahagian hasil penjualan tiket nanti, kita akan salurkan ke tabung amal KengkawanProject yang digunakan untuk program Ramadan ini.

“Beberapa artis lain turut membuat persembahan pembukaan pada konsert nanti,” katanya kepada Zass.

Tambah Nazri, pada konsert itu juga Alfarabiband melancarkan single terbaru mereka Form Mula hasil kolaborasi bersama Sam Cromok.

Jihad Music The Gig bakal berlangsung pada 7 Mei ini bertempat di Talent Lounge, Damansara Perdana bermula 2 petang.

Tiket dijual pada harga RM70 boleh dibeli secara terus di lokasi konsert berlangsung.

Alfarabiband adalah kumpulan muzik yang mengetengahkan muzik progresif metal dalam menyampaikan mesej berunsurkan perjuangan dan motivasi.
Powered by Blogger.