F Jeritan Histeria Peminat Malaysia Sambut Bintang AADC2 di Malam Gala | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jeritan Histeria Peminat Malaysia Sambut Bintang AADC2 di Malam Gala

Selama 14 tahun menunggu, tentu sekali ia satu penantian yang cukup lama bagi para peminat filem fenomena, Ada Apa Dengan Cinta (AADC).

Namun penantian peminat tanah air berakhir apabila berpeluang menjadi antara yang tearawal menonton sekual, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2), karya arahan pengarah tersohor dari Indonesia, Riri Riza ini pada malam gala yang diadakan bertempat di e@Curve, Damansara, malam tadi.

Acara malam gala anjuran Primeworks Distribution ini tambah meriah dengan kehadiran bintang-bintang ADDC2 yang diterajui oleh Nicholas Saputra bersama heroinnya, Dian Sastrowardoyo.

Turut hadir barisan pelakon lain seperti, Titi Kamal, Adinia Wirasti, Sissy Prescillia, Titi Kamal juga penampilan istimewa Melly Goeslow dan Anto Hoed.

Kemunculan barisan bintang ini membuat ratusan peminat berebut mahu bergambar bersama mereka.

Bukan setakat itu, suasana gamat dengan jeritan histeria peminat sebaik saja melihat pelakon-pelakon pujaan mereka muncul di pentas. Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra mendapat jerita paling kuat. Ada juga peminat yang sempat berselfie bersama mereka.

14 tahun penantian asmara Cinta atas kepergian Rangga ke Amerika akan terjawab di AADC 2, yang bakal ditayangkan serentak di tiga buah negara iaiatu Indondesia, Malaysia dan Brunei mulai 28 April ini.
Powered by Blogger.