F Jep, si kucing selebriti | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jep, si kucing selebriti

BUKAN sahaja manusia, haiwan juga mampu menjadi selebriti popular.

Salah satunya adalah Jep, iaitu seekor kucing berbaka American Shorthair yang mempunyai mimik muka selamba!

Situasi itu berjaya membuatkan kucing yang memiliki berat lebih lima kilogram ini menarik perhatian masyarakat daripada semua peringkat golongan.

Bahkan, tahap popularitinya dapat dilihat menerusi laman sosial Facebook dan Instagram 'Oh My Jep' yang kini mencecah hampir 300,000 dan 80,000 pengikut.

Tuannya, Nor Azwana Awang atau mesra dipanggil sebagai Ummi memberitahu, Jep adalah seekor kucing yang sangat mudah dijaga.

"Saya peliharanya dari umur tujuh bulan dan kini usia Jep hampir tiga tahun. Dia kucing yang senyap. Mulutnya tidak bising dan tidak kerap mengiau.

"Malah, sangat mudah diurus meskipun terpaksa melalui perjalanan yang panjang. Contohnya, ulang-alik dari Maran ke Shah Alam.

"Dia juga suka makan ayam rebus," katanya kepada Zass.

Kata Ummi, kisah Jep mula mendapat perhatian selepas kerap berkongsi gambar kucingnya itu dengan bait-bait kata yang melibatkan isu semasa.

"Awalnya, saya hanya berkongsi dalam grup kawan-kawan dan peminat kucing.

"Dari situ, Jep mula dikenali dan mereka sarankan saya membuka fans page.

"Selepas itu, barulah saya buka laman sosial, tapi tidak sangka pula mendapat perhatian sebegini," katanya.

Namun, Ummi bersyukur kerana suaminya, Mohd Kamarul Anuar dan dua anaknya, Ahmad Mujahid dan Ahmad Mukmin turut berkongsi minat sama.

"Kami sama-sama ada minat sama, jadi lebih mudah apabila satu keluarga berkongsi hobi.

"Suami lagi banyak membantu terutamanya dalam bab kebersihan," katanya.

Selain Jep, Ummi turut memelihara tujuh kucing lain iaitu Orbita, Kaktop, Mia, Gimmi, Amoi, Zyra dan Jimbo daripada pelbagai jenis baka.

"Saya hanya mengharapkan agar semua kucing saya terus kekal sihat," katanya.
Powered by Blogger.