F Jennifer Aniston Wanita Tercantik Dunia 2016 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jennifer Aniston Wanita Tercantik Dunia 2016

Menginjak usia 47 tahun, selebriti popular Hollywood, Jennifer Aniston baru-baru kembali meraih penghargaan di tahun ini apabila dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik Dunia 2016 versi majalah People.

Sekaligus ini merupakan penghargaan kali kedua yang diraih oleh bintang yang cukup popular menerusi sitkom Friends ini selepas kali terakhir pada 2014 oleh majalah yang sama.


Terharu dengan penghargaan tersebut, Jennifer atau Jennifer Joanna Aniston berakat gelaran tersebut membuatkan dia berasa seolah-olah kembali ke zaman remaja

"Sangat terkejut. Gembira dan saya berasa seperti saya masih di zaman remaja dulu ha ha," ungkap Jennifer pada sesi wawancara, seperti yang dilaporkan E! Online.

Jennifer dalam pada itu turut berkongsi rahsianya untup kekal tampil cantik dan seksi di usianya. Selain mengamalkan diet yang sihat, pelakon filem Mother's Day ini juga berjogging.

"Saya merasa sangat cantik selepas berjogging. Soal diet saya tidak mengamalkan diet yang terlalu ketat. Apa yang penting semuanya harus dikawal. Jangan melakukannya secara ekstrem," nasihatnya.

Jeniffer sebelum ini pernah diberikan gelaran sebagai "Sexiest Woman of All Time" in 2011 oleh majalah Men's Health.
Powered by Blogger.