F Janna Nick Malas Layan Kerenah Ruhainies | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Janna Nick Malas Layan Kerenah Ruhainies

Dek kerana enggan isu pertelingkahan antara dia dan pelakon Ruhainies berpanjangan, Janna Nick berkata pada mulanya dia memilih untuk berdiam.

Bagaimanapun dia baru-baru terpaksa memuat naik sebuah video bagi menjawab dakwaan Ruhainies berhubung isu rakaman video yang dimuat naik dan keterangan gambar yang dikatakan mencemuh dirinya itu.

Dakwa Janna, terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies adalah tidak betul.

"Sebelum isu ini jadi besar, saya cuba untuk menghubunginya dan ajak berjumpa. Tapi dia seakan memilih untuk tidak memaafkan dan nak memanjangkan pergaduhan.

"Saya diam sebelum ini sebab ingat cuma satu kenyataan saja yang dikeluarkan Ruhainies. Tapi lama-kelamaan kenyataan yang dikeluarkan dia semakin mengarut.

"Sebelum saya muat naik video itupun saya ada menghantar WhatsApp kepadanya. Tapi dia masih menidakkan penjelasan Michael dan Natasha yang turut berlakon dalam filem itu.

"Dia masih tak mahu berbaik. Saya terpaksa muat naik video itu untuk penjelasan umum dengan harapan benda itu takkan berpanjangan," kata Janna seperti yang dilaporkan BH online.

Isu antara dua calon Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 ini bermula apabila Janna dikatakan menghasut pengarah Michael Ang untuk menyingkirkan Ruhainies sebagai antara teraju filem pertama arahannya, Kimchi Untuk Awak. Ketika ini, Janna masih berada di Korea melunaskan baki penggambaran filem arahan Ang itu.

Tambah Janna lagi, dia bersyukur orang ramai sudah tahu keadaan sebenar. Justeru dia memilih untuk memadamkan video berkenaan dan menganggap sampai setakat itu saja pergaduhan antara dia dan pelakon itu sekaligus dia menyatakan sudah malas melayan kerenah Ruhainies.
Powered by Blogger.