F Ibu Faizal AF4 meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ibu Faizal AF4 meninggal dunia

IBU kepada Juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Mohammad Faizal Ramliy, 32, atau lebih dikenali sebagai Faizal AF meninggal dunia di Hospital HuIu Terengganu kira-kira jam 9 malam tadi.

Faizal ketika ditemui Sinar Harian berkata, jenazah ibunya, Zanidah Awang, 55, kemudiannya dibawa pulang kediaman mereka di Sungai Kerak sebelum disemadikan di tanah perkuburan Bandar Marang di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, Allahyarham ibunya dikatakan pengsan ketika mengikuti kelas mengaji di sebuah pusat tahfiz di Wakaf Tapai di sini dua hari lalu sebelum dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Arwah ibu yang menghidap kencing manis ditempatkan di wad selama dua hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi. Walaupun bersedih saya bersyukur kerana sempat bertemu dengannya,” katanya.

Faizal yang kini menetap di Kuala Lumpur, berkata, kejadian itu merupakan satu ujian paling hebat dalam hidupnya selepas dia mengambil keputusan untuk aktif semula menyanyi dan memenuhi undangan diterima kebelakangan ini.

“Malah kehilangan tersebut merupakan satu kehilangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tambahpula saya merupakan anak sulung dalam keluarga ini,” katanya.

Allahyarham yang juga merupakan isteri kepada Ramliy Yaacob, 66, meninggalkan tiga anak.
Powered by Blogger.