F Hantu Pun Jatuh Hati Pada Song Joong Ki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hantu Pun Jatuh Hati Pada Song Joong Ki

Meskipun drama Decendents of The Sun (DOTS) sudah berakhir beberapa minggu lalu, namun fenomenanya masih terus hangat sehingga hari ini malah khabarnya ramai penonton yang masih tidak boleh 'move on' lagi kerana virus DOTS masih 'melekat'.

Teraju utamanya, Song Joong Ki, yang meraih populariti mendadak menerusi lakonanya sebagai Captain Yoo Si Jin dalam drama tersebut kini sibuk dengan acara-acara sesi bertemu peminat di seluruh dunia.

Namun apa yang lebih hangat diperkatakan, terbaharu aktor berusia 31 tahun ini bukan saja digilai peminat bahkan ada khabar mengatakan mahkluk halus juga mulai jatuh hati padanya.

Pada 24 April, media China, Sina, melaporkan ada hantu perempuan telah dikesan sedang memerhatikan Song Joong Ki ketika satu sesi fotografi yang dijalankan Hong Kong baru-baru ini.

Salah satu gambar hasil sesi fotografi tersebut menunjukkan Song Joong Ki sedang duduk di tangga dan bersandar pada sebuah tingkap. Namun pada sudut kiri tingkap tersebut kelihatan satu bayang-bayang menyerupai seorang gadis berambut panjang.


Ramai mendakwa bahawa bayang-bayang tersebut adalah asap atau mungkin refleksi imbasan cahaya ke arah cermin tingkap berkenaan. Namun ada yang mendakwa bayang-bayang itu ialah mahkluk halus.

"Ahhh, Song Joong Ki membuatkan hantu juga jatuh cinta kepadanya", komen salah seorang peminat.
Powered by Blogger.