F Game of Thrones kembali | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Game of Thrones kembali

Jika anda pengikut siri epik ini, pasti masih ingat dalam episod akhir musim kelima, peminat Game of Thrones dikejutkan dengan beberapa plot tidak dijangka. Antara kejutan itu adalah nasib wira pujaan ramai, Jon Snow di tangan pemberontak Castle Black dan insiden di arena perjuangan Meereen di mana Daenerys hampir mati. Turut mengejutkan adalah babak penghinaan terhadap ratu jahat, Cersei di khalayak ramai di King's Landing. Peminat juga menyaksikan bagaimana mereka yang terselamat dari Westeros dan Essos, berkumpul untuk mara ke sebuah tempat dengan nasib yang belum tentu. Dipaparkan juga hidupnya pakatan baharu demi menguatkan strategi untuk meneruskan survival. Wajah baharu pula bakal muncul bagi mencabar keseimbangan kuasa di utara, selatan, timur dan barat. Kini, siri epik yang merangkul trofi Anugerah Emmy dan Golden Globe ini kembali untuk musim keenam bersama 10 episod yang penuh mendebarkan. Musim keenam Game of Thrones mula menemui penonton di Asia secara eksklusif di HBO (Astro saluran 411/431) pada jam 9 pagi esok. Tayangan ini serentak dengan penonton di Amerika Syarikat (AS). Menampilkan episod pertama yang berjudul The Red Woman, siaran ulangannya adalah pada hari sama, jam 9 malam. Siri ini juga boleh didapati di Astro On The Go. Sehubungan itu, bagi peminat yang terlepas menonton episod musim lalu, tidak perlu risau. Ini kerana pelanggan Astro boleh menonton setiap musim dan episod Game of Thrones di On Demand (OD) tanpa bayaran tambahan. Berdasarkan siri buku A Song of Ice and Fire oleh George R R Martin, siri fantasi ini menceritakan perjuangan epik untuk kuasa di suatu tempat yang luas dan kejam. Barisan pelakon tetap yang kembali menyemarakkan musim ini termasuk pemenang Emmy dan Golden Globe, Peter Dinklage sebagai Tyrion Lannister), Nikolaj Coster-Waldau (Jaime Lannister), Lena Headey (Cersei Lannister), Emilia Clarke (Daenerys Targaryen), Aidan Gillen (Petyr "Littlefinger" Baelish), Diana Rigg (Lady Olenna Tyrell) dan Sophie Turner (Sansa Stark). Pelakon tetap termasuk Alfie Allen (Theon Greyjoy), John Bradley (Samwell Tarly), Dean-Charles Chapman (Tommen), Gwendoline Christie (Brienne of Tarth), Liam Cunningham (Davos Seaworth), Natalie Dormer (Margaery Tyrell), Nathalie Emmanuel (Missandei), Jerome Flynn (Bronn), Iain Glen (Jorah Mormont) dan Isaac Hempstead-Wright (Bran Stark). Tidak ketinggalan menghangatkan musim terbaharu ini adalah barisan pelakon baharu seperti Pilou Asbaek, Essie Davis, Souad Faress, James Faulkner, Richard E Grant, Ian McShane, Joe Naufau, Freddie Stroma dan Max von Sydow. Menerusi episod pertama, penonton dipaparkan dengan kisah yang antara lain menyaksikan Jon Snow yang sudah mati. Daenerys pula berjumpa dengan seorang lelaki yang kuat manakala Cersei melihat anak perempuannya sekali lagi. Ditulis oleh David Benioff dan D B Weiss, siri ini diarah oleh Jeremy Podeswa. Bagi peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut perkembangan terbaharu dalam musim keenam ini, mungkin mereka boleh mendapatkan petunjuk daripada temubual bersama dua pelakonnya, Ellie Kendrick (watak Meera Reed) dan Isaac Hempstead Wright (Bran Stark). Harus diingat, watak Bran tidak muncul dalam musim lalu, justeru pasti banyak kejutan yang mungkin dikongsi beliau menerusi temubual terbabit, yang boleh diikuti di https://youtu.be/xa_Jv8jDS5M.


Powered by Blogger.