F Filem China dituduh tiru animasi Pixar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Filem China dituduh tiru animasi Pixar

PENGARAH filem animasi 'The Autobots' yang ditayang tahun lepas dihentam kerana meniru filem animasi Pixar bertajuk 'Cars'.

Menurut laporan CNN, pengarah, Zhuo Jianrong mula dikritik baru-baru ini kerana merancang untuk mengarah filem sambungan untuk tayangan pada 2017 nanti.

Walaupun dikritik hebat oleh pengkritik dan peminat filem, Zhuo menafikan dakwaan meniru filem Pixar dan mendakwa filemnya sebagai 'hasil asli'.

Tahun lepas, pemilik Pixar, Disney telah memfailkan saman terhadap Zhuo atas tuduhan pencabulan hakcipta.

Zhuo bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kes saman tersebut.

Zhuo juga yakin kes saman berkenaan tidak memberikan kesan terhadap perancangannya untuk mengarah sambungan filem The Autobots.
Powered by Blogger.