F FDAM keluar daripada GAFIM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

FDAM keluar daripada GAFIM

Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) memutuskan untuk meninggalkan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), berkuat kuasa hari ini. Keputusan berkenaan dibuat hasil mesyuarat bersama anggota jawatankuasa persatuan berkenaan, semalam. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat, Datuk Abdul Rahim Awang, menerusi kenyataan akhbar yang dihantar kepada BH Online, hari ini. Menurut beliau, mereka membuat keputusan itu selepas mereka mendapati pucuk kepimpinan GAFIM membelakangi pendapat dan kepentingan 11 persatuan yang bernaung di bawahnya. Katanya, akibat tindakan GAFIM yang melanggar etika berpersatuan menyebabkan FDAM dan persatuan lain dikecam. FDAM turut menganggap tindakan itu bertentangan dengan semangat setia kawan yang sekian lama cuba dipupuk di kalangan penggiat industri seni. Sepuluh persatuan lain yang masih bernaung di bawah GAFIM ialah Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN); Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA); Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM); Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR). Turut berada di bawah gabungan berkenaan ialah Persatuan Kebajikan Artis-Artis India Malaysia (MIEWA); Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA); Persatuan Syarikat Pos-Produksi & Animasi Malaysia (POSTAM); Persatuan Penulis Kreatif Malaysia (CGM) dan Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM).


Powered by Blogger.