Berita Terkini
recent

Editor majalah LGBT ditetak hingga mati


Seorang editor majalah yang menyokong hubungan sejenis gay, lesbian dan dua hala (LGBT) ditetak hingga mati, semalam.

Menurut laporan CNN, Xulhaz Mannan yang juga seorang pekerja kebajikan dan kawannya, Tanay Mojumdar maut ditetak penyerang yang menyamar sebagai penghantar barang (courier).

Penghantar barang memasuki flat yang didiami Xulhaz dan Tanay dan menetak mangsa sehingga mati..

Ibu Xulhaz dan seorang pembantu rumah berada di kediaman Xulhaz ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, cabang Al-Qaeda di Bangladesh, Ansar al-Islam mengaku sebagai dalang kejadian tersebut.

Kenyataan dikeluarkan Ansar al-Islam telah dimuatnaik ke laman sosial, hari ini.

Kejadian pembunuhan Xulhaz telah mendapat kecaman organisasi kebajikan dunia, Amnesty International dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

"Kejadian ini gagal digambarkan dengan perkataaan dan langsung tidak boleh dimaafkan," kata John hari ini

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.