F Duta HOD: Ayda Jebat tidak lupa diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Duta HOD: Ayda Jebat tidak lupa diri

HANYA dalam tempoh tiga tahun, perjalanan karier seni Ayda Jebat dilihat semakin menuju ke puncak.

Mana tidaknya, selain berjaya dalam bidang lakonan dan nyanyian, kemampuan selebriti berusia 23 tahun ini turut dilihat menerusi pemilihannya menjadi duta produk kesihatan dan kecantikan.

Selepas dipilih menjadi duta, kini bintang drama Sesal Separuh Nyawa ini sekali lagi dilantik sebagai duta rangkaian produk House Of Dre (HOD) yang terdiri daripada koleksi spa dan wangian milik pelakon dan penerbit, Datuk Rafiena Ezanee Ramli.

“Alhamdulillah, perancangan yang pada awalnya tidak serius kini menjadi sesuatu yang sangat besar buat saya.

“Sebenarnya saya dan Datuk Rafiena mula mengenali selepas bekerjasama sebagai pelakon dan penerbit dan hubungan itu menjadi semakin akrab seperti adik beradik.

“Idea ini mula tercetus setelah kami berdua berkongsi minat yang sama. Produk wangian yang dihasilkan juga adalah gabungan wangian kegemaran kami berdua,” ujarnya ketika ditemui pada pelancaran dan perasmian produk HOD, baru-baru ini.

Selain HOD, Ayda turut memaklumkan bahawa tahun ini dia juga secara rasminya telah dilantik sebagai duta Jakel Raya 2016 dan Gintell.

“Sebenarnya saya sendiri tidak pernah menyangka peluang datang seperti ini.

“Tambahan mereka yang melantik saya bukanlah produk atau jenama yang calang-calang tapi memang sudah terkenal di pasaran dan saya anggap peluang ini sebagai bonus buat diri saya,” katanya.

Biarpun memiliki populariti dan pengaruh yang kuat, Ayda menafikan dirinya kini mampu untuk tampil dengan produk sendiri untuk dipasarkan.

“Secara jujurnya, saya tidak ada masa untuk memulakan bidang itu. Lagipun saya tidak memiliki ‘team’ yang kuat untuk menguruskan perkara seperti itu.

“Buat masa ini saya masih gembira dengan apa yang saya lakukan dan belum masanya untuk saya ke arah itu,” jelasnya.

Filem Pinjamkan Hatiku

Walaupun pelbagai kejayaan diraih, Ayda dilihat sentiasa merendah diri dan tidak selesa dirinya dikatakan sedang dalam fasa 'gemilang' malah tetap merasakan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Saya masih belum sampai ke tahap itu kerana masih mahu belajar dan perbaiki kelemahan yang ada.

“Dulu saya rasa susah untuk kekalkan apa yang saya perolehi dalam karier, tapi sekarang rasa itu berubah. Saya percaya, selagi kita ikhlas dengan setiap pekerjaan, semuanya akan berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Beralih kepada perkembangan terbaharunya, Ayda baharu sahaja tamat penggambaran filem Pinjamkan Hatiku bersama pelakon Shaheizy Sam dan Farid Kamil di bawah arahan Osman Ali.

“Ada banyak momen sepanjang penggambaran filem ini dan ia tidak akan dilupakan. Kami menjalani penggambaran di Kuantan, Pahang dan bayangkan sepanjang berada di sana, saya dan krew lain terpaksa menyusur hutan sambil mengangkat kamera dan besi-besi kren untuk sampai ke lokasi Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing dan perjalanan itu mengambil masa lebih kurang satu jam.

“Selain cabaran yang terpaksa kami tempuhi, kematian seorang krew akibat kemalangan jalan raya selepas pulang dari set penggambaran sangat memberi kesan kepada saya,” ujarnya.

Katanya, dengan pelbagai dugaan untuk menyiapkan tugasan sebagai pelakon, sudah semestinya, Ayda mahukan filem ini akan diterima nanti.
Powered by Blogger.