F Deric Gan raih Pengarah Terbaik Teater | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Deric Gan raih Pengarah Terbaik Teater

Pengarah, Deric Gan Eng Kee diangkat sebagai Pengarah Terbaik Teater pada Anugerah Seni Boh Cameronian ke-13 yang berlangsung di Restoran Felda D'Saji di sini, malam tadi. Deric menewaskan tiga pengarah lain menerusi teaternya berjudul 'The Dawns Here Are Quiet' dan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM1,000. Sementara itu, Joe Hasham dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik Teater menerusi teater berjudul 'Reservations'. Anugerah yang mengangkat penggiat seni persembahan itu turut menobatkan Abimanyu Misilamani sebagai Pelakon Terbaik Teater Muzikal dan Nell Ng sebagai Pengarah Terbaik Teater Muzikal. Teater 'Another Country' arahan Ivan Heng dan Jo Kukathas diangkat sebagai Persembahan Terbaik Berkumpulan, manakala karya Mark Beau De Silva berjudul 'Sisa-Sisa (Three Doors, Blind Spot, Joy of Solitude, Reservations)' dipilih sebagai Skrip Asal Terbaik Teater. Sebanyak 24 kategori dipertandingkan membabitkan tarian, muzik, teater muzikal dan teater. Setiap kategori membawa pulang trofi dan wang tunai RM1,000


Powered by Blogger.