F Dara (2NE1) Terharu Blackjack Malaysia Nyanyikan Lagu Untuknya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dara (2NE1) Terharu Blackjack Malaysia Nyanyikan Lagu Untuknya

Sesi pertemuan penyanyi cantik Sandara Park atau lebih dikenali sebagai Dara bersama peminat Malaysia bertempat pusat membeli belah Mid Valley di Kuala Lumpur malam tadi berlangsung dalam suasana cukup hangat dan meriah.

Meskipun kemunculan anggota kumpulan terkenal Korea Selatan, 2NE1, ini singkat hanya lebih kurang 25 minit.

Dara, 31, yang tiba di tanah air pada petang Khamis (semalam) bagi melancarkan produk kosmetik jenama terkenal Korea, Moonshot yang merupakan produk keluaran label terkenal, YG entertainment. Acara pelancaran tersebut berlangsung di outlet kosmetik Sephora.

Dara bersama seorang lagi idola pujaan ramai iaitu G-Dragon (Big Bang) dipilih sebagai jenama produk tersebut kerana kedua-dua mereka cukup dikenali sebagai ikon fesyen.

Muncul kira-kira jam 8.40 malam, Dara tampil menawan sambil melemparkan senyuman manis dan melambai ke arah Blackjack (gelaran untuk peminat) yang membanjiri ruang legar dan segenap tingkat di pusat membeli belah tersebut sejak dari tengah hari lagi.

Lebih menarik, saat selebriti kelahiran Busan ini sedang memberikan goodies kepada beberapa peminat bertuah, peminat lain bernyanyi lagu hits 2NE1 seperti I Dont Care, Fire dan Do You Love Me beramai-ramai.

Dara kelihatan terkejut dan terharu tatkala mendengar nyanyian peminat lalu dia spontan mencapai mikrofon daripada pengacara dan turut sama menyanyi serta bertanyakan kepada peminat, "Do You Love Me?". Lantas suasana gamat dengan sorakan peminat.

Sebelum beredar, Dara berkata,

"Saya tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua tapi saya mahu katakan, semoga kita akan berjumpa lagi nanti," tuturnya.


Selepas Malaysia, Dara akan ke Singapura sempena pelancaran produk tersebut yang berlangsung pada Jumaat (hari ini).
Powered by Blogger.