F Black Hanifah Jaga Tingkah Laku Selepas Ditegur Ayah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Black Hanifah Jaga Tingkah Laku Selepas Ditegur Ayah

Penyanyi Black Hanifah mengakui kini lebih menjaga tingkah laku dan berhati-hati dalam berkongsi pandangan mahupun gambar di media sosial sejak mendapat teguran daripada bapanya sendiri.

Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 29, kritikan dan kecaman oleh sesetengah pihak ekoran sikapnya yang dikatakan berlebih-lebih dan poyo ketika di awal-awal episod program realiti Mentor Milenia yang ditayangkan sekitar Februari lalu bukan saja memberi kesan kepada dirinya malah keluarganya.

"Isu saya teruk dikecam oleh beberapa pihak kerana sikap yang saya tonjolkan di awal episod Mentor Melinia lalu secara tidak langsung turut memberi kesan kepada keluarga saya lebih-lebih lagi apabial antara mereka membaca di laman sosial mengenai komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap diri saya di laman sosial.

"Ketika kontroversi itu diperkatakan, ayah saya sendiri menegur dan meminta untuk tidak meneruskan sikap tersebut walaupun sebenarnya saya telah jelaskan pada beliau bahwa apa yang saya lakukan itu adalah atas permintaan produksi. Lagipun saya mahu tidak mahu perjalanan program tersebut nampak terlalu serius dan sekadar mahu memeriahkan suasana.

"Namun ayah menasihatkan saya agar saya tidak lagi bersikap sebegitu kerana katanya jika saya seorang saja yang buat perangai sebegitu, saya nampak macam badut. Apabila saya fikirkan semula, ada benarnya kata ayah saya. Jadi apabila ayah saya sudah menegur beerti apa yang saya lakukan itu memang tidak wajar.

"Sekarang saya jadi lebih peka, menjaga tingkah laku termasuklah lebih berhati-hati dari segi berkongsi gambar mahupun apa-apa pandangan di laman sosial. Tetapi tidaklah bermaksud saya menghadkan perhubungan saya dengan peminat menerusi media sosial. Jika saya rasa sesuatu gambar yang saya ada itu cantik, saya muat naik dan kongsikanlah dengan peminat. Lagipun sejak bergelar bapa ni memang apa jua perkara yang saya ingin lakukan, saya akan fikirkan tentang famili saya dan fikirkan baik buruknya.

Black berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album keduanya, Black, bertempat di Camelot, hotel Royal Chulan Damansara pada Selasa.

Hadiah Untuk Orang Kampung

Sementara itu mengulas mengenai albumnya, Black berkata dia bersyukur kerana penantian selama hampir lima tahun akhirnya dia muncul dengan buah tangan terbaharu. Jelasnya, tempoh yang agak lama diambil untuk menghasilkan album ini kerana dia sendiri mahu memastikan lagu-lagu bagus dan memenuhi citarasa halwa telinga pendengar.

"Album ni ambil masa yang lama untuk dilancarkan bukan kerana ada masalah daripada pihak label saya iaitu Monkey Bone sebaliknya saya inginkan material yang bagus dan lagu-lagu dalam album ini boleh memberi impak.

"Ia sudah siap pada tahun lalu tetapi saya perlu menunggu giliran saya untuk melancarkan album ini. Lagipun takun lalu saya sibuk dengan beberapa projek lain," jelasnya.

Meskipun album tersebut tiada lagu baharu sebaliknya memuatkan deretan enam single hits seperti Teman Penganti, Puteri Sang Dewi, Mana Mungkin, Si Putih Si Merah, Takkan Terpisah dan Teman Penganti versi AJL 27 Bersama RJ namun ia mempunyai keistimewaan tersendiri dimana disertakan juga dengan DVD Karaokre.

"Kesemua lagu dalam album ini adalah single-sngle yang telah diperdengarkan di radio dan tiada lagu baru. Saya akui, kalangan peminat di bandar mungkin ramai yang sudah memuat turun lagu-lagu saya.

"Tetapi bagi peminat di luar bandar, mereka sukar untuk memuat turun lagu-lagu saya, jadi album ini sebagai hadiah saya kepada peminat-peminat terutama peminat di luar bandar. Malah sebenarnya mereka selalu menyatakan yang mereka menantikan album daripada saya. Ini hadiah saya untuk mereka.

"Selain itu, satu lagi yang istimewa, album ini ada sekali dengan DVD karaoke. Jadi kalau peminat-peminat di kampung, ada kalangan mereka yang sukar dan tidak selalu dapat pergi ke pusat karaoke, jadi jika ada alabum ini mereka boleh berkaraoke lagu saya. Saya rasa jarang artis lain tampil dengan konsep sebegini,"katanya.

Dalam perkembangan lain, sempena mempromosikan album ini, Black bakal mengadakan konsert di Karnival Belia Langkawi bertempat di tempat letak kereta Stadium Kuah, Langkawi. Konsert tersebut turut dimeriahkan dengan barisan protoge seperti Qody dan Wani.

Selain itu, Black dalam perancangan bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Anugerah Terindah.
Powered by Blogger.