F Bekas isteri rakam mesej cinta pemergian Prince | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bekas isteri rakam mesej cinta pemergian Prince

Dua wanita yang pernah bergelar isteri kepada penyanyi pop terkenal Prince yang ditemui mati di rumah agamnya semalam, menyiarkan mesej cinta dan kesedihan berikutan pemergiannya. Isteri pertama Prince, Mayte Garcia, yang berkahwin dengan bintang itu pada 1996, menulis dalam Instagram: "Lelaki ini ialah segala-galanya bagi saya, kami ada keluarga." "Saya amat sedih. Saya cintakan beliau sebelum ini, masih cintakan beliau dan akan terus mencintainya. Beliau kini bersama anak lelaki kami," katanya. Prince dan Garcia mempunyai anak lelaki yang meninggal dunia seminggu selepas dilahirkan pada 1996 kerana gangguan genetik. Mereka bercerai pada 2000. Isteri kedua Prince, Manuela Testolini, mengeluarkan kenyataan 'kesedihan beliau tidak dapat diungkap dengan kata-kata.' "Saya dan Prince mengharungi perjalanan penuh keajaiban bersama-sama. Saya amat cintakan beliau. Dunia mengenali beliau sebagai genius muzik. Saya mengenalinya sebagai suami, rakan dan dermawan," menurut kenyataan. Mereka berkahwin dari 2001 hingga 2006. Awal hari ini, pihak berkuasa memberitahu mayat penyanyi terkenal, Prince, tidak menunjukkan bukti trauma atau sebarang petunjuk ikon muzik itu membunuh diri ketika ditemui dalam lif di rumahnya. Peminat yang masih terkejut berkumpul di luar kompleks studio Paisley Park di pinggir Minneapolis untuk menunggu keputusan bedah siasat yang dilakukan awal Jumaat untuk menyelesaikan misteri kematian tiba-tiba idola mereka. Namun pegawai perubatan berkata ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum mereka boleh merumuskan apa yang membunuh pemuzik itu, yang kematiannya pada usia 57 tahun menyedihkan dunia hiburan. Prince ditemui mati seminggu selepas beliau dimasukkan ke hospital kerana masalah selesema yang dipandang ringan olehnya.


Powered by Blogger.