F Bantah Kempen Donald Trump, Yuna Nekad Teruskan Imej Bertudung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bantah Kempen Donald Trump, Yuna Nekad Teruskan Imej Bertudung

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna, dia tetap dengan pendiriannya memilih untuk terus bertudung di Amerika Syarikat walaupun ada pihak di sana yang mahukan dirinya tidak berhijab.

“Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi. Malah apabila tiba di AS, saya dicadangkan agar membuka hijab kerana saya bukan lagi di Malaysia. Kata mereka, pakailah pakaian yang seksi dan berbanggalah dengan bentuk badan sendiri”

“Tetapi saya memang bangga dengan apa yang saya kenakan. Saya berhijab bukan kerana ditekan sesiapa, ia pilihan sendiri dan saya tetap rasa bebas,” jelas Yuna pada satu sesitemubual bersama Billboard edisi 30 April.

Dalam pada itu, pelantun lagu Crush ini juga menjelaskan bahawa dia kurang senang dengan apa yang diperjuangkan oleh Donald Trump kerana individu tersebut memperjuangkan kebencian dan keganasan.

“Saya tidak faham bagaimana seseorang seperti dia masih boleh diterima dalam sebuah negara maju dan moden,” ujar Yuna yang juga yakin bahawa muzik mampu untuk mendidik dan melembutkan hati manusia untuk berdamai.
Powered by Blogger.