F Ayda Sekadar Teman Rapat - Radin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ayda Sekadar Teman Rapat - Radin

Penyampai radio Era FM, Radin menafikan gosip sedang mengenali hati budi bintang popular, Ayda Jebat sebaliknya menjelaskan mereka sekadar teman rapat.

"Apa yang dapat saya katakan adalah kami sekadar teman rapat. Sama seperti rakan artis lain yang datang ke konti untuk menjayakan slot Super 40 Era yang dikendalikan saya. Daripada situlah mulanya persahabatan kami.

"Berat untuk saya mengulas lebih lanjut. Ini kerana Ayda tidak menyebut sebarang nama ketika ditemubual. Penyampai radio yang dimaksudkan mungkin sesiapa saja. Jika ingin bertanya soal hati lebih baik diajukan kepada empunya diri sendiri," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Menerusi sebuah program hiburan yang bersiaran pada Ahad (semalam), Ayda mengulas gossip bertebaran kononnya dia sedang mengenali hati budi seorang penyampai radio.

Bagaimanapun, Ayda menafikan menjalin hubungan intim dengan mana-mana lelaki.

Dalam pada itu Radin menambah, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Ayda.

"Saya selesa berkawan dengan Ayda atau lebih mesra dengan panggil Si Kenit. Ini kerana dia seorang yang girang dan ceria.

"Biarpun menggunakan kata ganti diri, Adik, namun dia sebenarnya matang dan bijak mengawal situasi," katanya.
Powered by Blogger.