F Akshay Kumar daftar anak sekolah di Singapura | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Akshay Kumar daftar anak sekolah di Singapura

Satu video diedarkan dalam Facebook menunjukkan bintang Bollywood, Akshay Kumar mendaftarkan anak lelakinya, Aarav, ke sekolah antarabangsa United World College of South East Asia (UWCSEA) di Tampines di sini. Dalam video itu, aktor berusia 48 tahun dan rombongannya dilihat meninggalkan lif di sekolah berkenaan. Sebaik saja keluar, peminat yang berada di sekolah itu mula menjerit. Akshay yang memakai kemeja kelabu dan seluar panjang hitam kemudian menyapa peminatnya sebelum meninggalkan kawasan sekolah. Kata netizen yang memuat naik video itu: "Peminat bertenang. Akshay Kumar mendaftarkan anak lelakinya Aarav dalam program gred 9 di UWCSEA Tampines hari ini. "Lihat bagaimana gadis menjerit. Saya juga akan menjerit sekuat-kuatnya jika saya bersekolah di situ." Video itu menarik hampir 150,000 tontonan sejak ia dihantar semalam (21 April). Akshay Kumar menjadi nama terkenal di Bollywood selepas muncul dalam lebih 100 filem Hindustan sejak berlakon pada tahun 1990 an. Filem selebriti itu meraih kutipan kasar lebih AS$400 juta (RM1.56 bilion) dalam koleksi pemecah panggung. Beliau adalah bintang Bollywood pertama memperoleh pencapaian seperti itu. Pada tahun 2015, Akshay berada pada kedudukan ke-9 dalam senarai global pertama Forbes untuk aktor menerima bayaran tertinggi di dunia. Beliau ketika ini memiliki 18,994,728 peminat di Facebook dan 4 juta pengikut di Instagram


Powered by Blogger.