F Ada Pihak Sengaja Manipulasi Berita Siti Hamil - Pengurus | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ada Pihak Sengaja Manipulasi Berita Siti Hamil - Pengurus

Pengurus kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak mahu pemilik akaun Facebook Kaki Share membuang dan menghentikan penyebaran berita mengatakan penyanyi popular itu sedang hamil.

Memetik laporan Harian Metro, Rozi, 42, menyifatkan tindakan itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab apabila kenyataannya dalam sebuah portal online pada Ahad lalu dimanipulasi pihak terbabit.

“Saya kecewa dengan tindakan mereka. Disebabkan status dimuat naik itu membuatkan banyak pihak membaca dan mempercayainya. Malah banyak yang berkongsi di ‘page’ Facebook masing-masing.

"Saya yakin dan percaya pemilik akaun ini ialah orang Islam dan berbangsa Melayu. Jadi tentu dia mengetahui hukum memfitnah itu berdosa besar," katanya.

Terdahulu, akaun Facebook menggunakan nama Kaki Share memuat naik status dengan menggunakan tajuk Siti Nurhaliza Hamil Lagi dan menjadi ‘viral’.

Menyedari perkara itu, Rozi menulis di ruangan komen akaun itu dengan meminta pemilik akaun itu bertanggungjawab dengan apa yang dibuat.

Rozi juga meminta pihak terbabit untuk tidak menyebar dan menokok tambah kenyataannya.

“Apa yang ditulis mereka sangat jelas, tepat dan tidak ada satu ayat pun yang tersasar. Cuma apabila ia diolah semula, ia mengundang perasaan orang untuk membaca.

"Apabila berita itu dimanipulasi, rasa tidak adil kerana saya tidak bercakap pun hal itu," katanya.

Menurut Rozi, tindakan individu itu sekadar mahu mengaut keuntungan demi kepentingan diri sendiri.
Powered by Blogger.